Kali ni aku nak cerita pasal haiwan peliharaan (pet) okay..
Position die skrg ni is aku just buat throwback pasal pet yang aku pernah got attached with them so much. Masa aku kecik dulu, kitorg ade bela kucing and ayam. Yes common animal yang orang kampung wajib ade mase tu. Bukan sesaje nak throwback, tapi sebab aku rindu dgn diorg and pengalaman aku as owner to pets yg enrich me from the inside to be someone who loves and always want to be kind toward animal. Tak sia-sia parents aku adopt pet tu sebenarnya. Thanks to my parents sebab bagi pendidikan yang berguna. (Al-Fatihah to my late dad)
Dalam banyak-banyak pets yang aku pernah bela, ade beberapa yang memang aku akan igt sampai mati. Bukan nye yang lain tu aku tak ingat, tapi yang beberapa ekor ni, impact dia tu kadang-kadang boleh buat aku menangis bila teringat.
First is Lola. Lola ni keturunan kucing yang aku ambik bwk balik dari asrama dulu. (Yasmin). Lola dia kucing yang sgt manja, Independent, cute, umur dia agak lama jugak. X igt berapa tahun. Yang penting dia mati sebab terminum racun. (Guys, please alert ye dgn the uses of poison. Jangan sesuka hati disposes racun kat tempat2 terbuka.. tak kira la racun ape). Apa yang buat aku teringat sangat kat lola is sebab dia kucing kitorg selalu berebut nak bawak masuk tido kat bilik. Die tak membuang sesuka hati dalam rumah. Tapi awal2 dulu nak mendidik die payah jugak. Tapi akhirnya jadi binatang berguna hahaa.. dia suke main sorok2 dgn kitorg, senang citer kuat melayan kitorg laa. Dia pandai tangkap ular and burung ke tupai ke .. walaupun end up kene marah dgn kitorang sbb bawak masuk rumah. Masa akhir2 sebelum die mati tu, mulut die kaku macam tak boleh becakap. I bet she was dying. (Ni rase mcm nak nangis.. ) and sebab mulut die sakit, die tak boleh makan, air liur die busuk. Minum pun susah. Mase tu takde sape boleh peluk dia. Satu sebab air liur die meleleh tak boleh tutup mulut. And stinky as well. Satu lagi sbb badan die mcm tinggal tulang je, kurus betul. Last moment aku dgn dia pun masa tu aku dah sesiap nak balik asrama. Die pandang aku mengeow dgn muke sedihh.. aku usap kepala dia sambil cakap sory, aku tak boleh peluk sebab aku nak balik asrama. Tak boleh teman die minum lama-lama. Idk kucing tahu menangis ke tak, tapi so far dari pengalaman aku, you may recognise kucing tu tgh sedih or kecewa when you look into their eyes. I cannot deny that sometimes I saw they have tears too. And that’s was the last time I met lola. Lepastu aku balik rumah lagi lola dah tak ada, mak aku kata die dah mati😿. I felt so sorry sbb masa dia sakit aku tak dapat buat apa2 like certain people diorg bawak pegi vet. Tapi masa tu parents aku tak bawak or maybe masa tu tak mampu nak bawak pegi vet sbb banyak bela kucing, tak cukup duit.
No 2 is Shasha. Shasha ni anak suzy. Dia...
adalah the tiniest cat that we ever had. Masa dia baru lahir pun kecik je badan die. Macam tak membesar pun walaupun dah sebulan lebih. Rupenye mmg die punya badan kecikk. Shahsha ni bukan jenis yang manja gedik2. Die tak manja2 sgt. Maklumla, certain kucing ade yg perangai perasan cute tapi acah2 cool. Jual mahal la senang citer. Tapi die bukan jenis yang lasak2 gak. Jenis yang suke buat hal sendiri at the same time boleh la nak dibuat peluk2. Apa yang aku sgt terkilan dgn shasha is, masa akhir2 sebelum dia mati dia ada mintak dukung dgn aku. Oww.. btw it sounds ridiculous tapi yes shasha suka mintak dokong. Dia akan letak dua2 tangan dia kat one side of your shoulder and die cekam bahu ko pakai kuku dia so that we can’t reject request die tu. tapi masa tu aku tarik dia tak nak dukung sbb aku nak pegi mandi. Time tu aku pandang mata dia aku dpt rasa yang dia sedih. Mana la aku tau masa tu die dah dekat2 nak mati..(ok aku sedih sbb aku reject request dia) satu masa tu, dia slalu duduk kat luar rumah, sometime hilang satu hari ntah pegi mana. Petang baru balik. Sume org risau dah mase tu sbb mak aku kata kucing dia kalau nak mati sometimes dia suka menghilangkan diri. Tapi kitorg tau die demam. Ada la satu masa dia tak balik dan hari kedua tu aku pegi cari dia. Aku bawak rini.( kucing jugak) sebab kucing dia lebih peka dengan sound and smell. Aku bawak rini pegi rumah atuk aku. Btw rumah atuk aku tu kosong tade orang duduk sbb atuk aku mase tu baru meninggal kalau tak silap. Tak sangka rini leads aku jumpa shasha mase tu die tgh nazak. Ya Allahh, aku mmg menangis la ape lagi sbb aku tak tau kenapa kepala shasha ada dlm plastik dan dia macam berkuap lemas. Masa aku rescued dia tu hidup lagi cume dah nyawa2 ikan. Rini dah tgk je sblah aku sbb die shock aku rase. Aku la yang tunggu sebelah dia sampai die mati dan aku la yang tanam dia. Sape yang pernah tanam kucing dia mesti paham la camne feeling die nak timbus tu. Kemain lagi deras air mata. Tak sanggup wei.lama aku usap2 badan dia. Paling epik aku buried dia tgh gerimis mendung guruh.. itu sedih ok.
3rd is chicken. Ok aku sendiri pun sampai sekarang macam tak percaya yang aku pernah bela ayam yang manja dengan aku. Only me okay. Tu special.. hahah ayam ni aku x ada letak nama or maybe they had one but I forgot already. Mana taknya sbb masa tu aku skolah rendah lagi. Ada 3 ekor ayam. 2 ayam serama and satu tu ayam biasa yang leher takade bulu. Spesis ape ntah. Ayam serama ni macam biase mak dia abandoned diorg so mak aku kesian dgn anak2 ayam ni. Jadi nya kitorg bele dalam rumah dengan pelita and sabut kelapa masa tu untuk imitates warm yang mother chicken supposed to provide lerr.. setiap petang aku akan bawak dirong berdua jalan2 kat luar so that diorg boleh feel outside world and belajar cari makan sendiri. At the same time aku pun belajar jadi mak ayam yang baik. Ahahhahahhaha giler ar.. while the other chicks was anak tunggal dan satu hari mak die mati kene serang dengan meremang ke ape ntah binatang tu..remang2? ( I still think its wrong. Sila betulkan hahahha aku tgh bodoh ni please..) so back kat anak ayam tunggal ni. Disebabkan dia anak tunggal so masa tu pun dia kecik comel lagi. Mak aku pun letak la dia sekali dgn ayam serama tu. Sampai la diorg besar. Bila aku bagi makan dedak ayam tu, diorg akan datang kat aku and makan dari tangan aku. They always allowed me to pet them and usually chickens they love to be hold near your ears. Maybe sbb warm kot. Tak taula .. cara pegang ayam is ko kene pegang guna satu tangan. Letak tangan ko kat bahagian bawah badan die and hold in between their legs. Haaa.. ko boleh angkat die and letak kepala dia kat telinga ko. Tak tau la menjadi kat ayam2 lain ke tak. Tapi my chicks they loved it. Then mak aku kata diorg mati sebab masa tu ade penyakit demam. Banyak ayam mati sebab unknown wabak tu. Hmm rindu kat ayam2 aku.. ☹️
These are among my fav memories on my pets. Ade banyak lagi sebenanya mcm hamster and.fish. Tapi yang 5 ekor ni yang paling aku ingat and mampu membuat kan aku meneteskan air mata kerinduan aciaaaaciaa..
Bagi aku, animal they not just a pet, tapi dia buat kitorg satu family rapat. Times with animal is a time with family. We had fun together. Yang paling aku igt is, ada satu masa yang my whole family ada crisis and they only topic that we can talk about is about our cats. Sebab topik ni buat semua orang happy and walaupun mase tu kitorg tak nak sembang dengan abah aku to avoid certain thing daripada dibincangkan, tapi bila kitorg bukak topik pasal kucing or binatang lain la, automatically semua orang macam fit in and kitorg boleh dapat satu quality time yang tak tercemar dgn topik2 yang kitorg tak nak dengar. Its like magic, it brings us together in a very strange way. Sebab tu aku sgt sayang binatang and aku tak suka tgk animal abuse issues on web or socmed yang macam2 zaman sekarang ni. Aku rasa human is losing their humanity. Please la manusia, byk aku tgk org zaman sekarang suka abuse animal live on socmed just to get cheap attention. I hope you guys insaf la, tapi kalau tak reti2 nak insaf tu aku doakan je kau mati dgn cara apa yang ko buat kat binatang tu. Ok tu je . Bye
No comments:
Post a Comment